Jeans Warna Putih Menyerlah Gaya Fesyen Anda

Ramai yang suka pakai seluar jeans kerana mudah untuk bergerak. Bila nak bersiap, tak perlu gosok. Keluarkan dari almari terus boleh pakai. Kalau di Malaysia Seluar Jeans Levis 501 dan model lain agak mahal juga. Harga lebih kurang RM300 sehelai. Namun begitu kita ada pilihan kalau mahu pakai yang ori tapi murah dengan cara membelinya dari kedai bundle.

Menyerlah dengan jeans putih
Pemberita : Susunan Bennie Zie Fauzi
Email : bennie@bh.com.my

SELUAR jeans bukan sekadar selesa tetapi paling mudah dipadankan dengan apa juga pakaian, selain lasak dan tampak santai.

Lazimnya, individu akan pilih jeans biru dan amat jarang memakai warna putih.

Selebriti ternama dunia seperti penyanyi Justin Timberlake, bintang Korea, Lee Min Ho, malah ikon fesyen, David Beckham, tampak berkarisma melaram jeans putih.

Jadi, jeans putih mampu menyerlahkan pesona lelaki jika bijak disuai padan dengan pakaian.

Namun, perlu bijak supaya penampilan menyerlah. Di sini, dipaparkan panduan buat anda yang berani dan mahu tampak menyerlah dengan jeans putih.

Padanan ringkas

Kalangan penggiat fesyen kerap menyamakan jeans putih umpama kertas kosong yang boleh melakarkan pelbagai corak dan warna.

READ MORE

Butik Pakaian di Bangi Utama

Zaman sekarang ni banyak fashion designer. Ada yang tak masuk kelas pon dah jadi fashion designer. Kata Bangi utama kedai kedai baju dan kedai butik pakaian semakin banyak. Mereka mula jual di facebok, lama kelamaan dah jadi glamor pastu jual kat butik.

Bila musim raya kita tengok ramai pelanggan kat kedai diorang. Bagus betul cara diorang berniaga.

READ MORE

Malaysia Jadi Tuan Rumah Fesyen 7 Hingga 10 Septembar

Malaysia bakal menjadi tuan rumah fesyen bagi Minggu Fesyen Dunia Malaysia yang akan berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses.

Malaysia jadi pentas Minggu Fesyen Dunia
Oleh Norhafzan Jaafar
hafzan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 pereka fesyen dari 60 negara akan mempersembahkan lebih 790 rekaan sempena Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 yang bakal berlangsung, di Hotel Palace of The Golden Horses, pada 7 hingga 10 September ini.

Dengan tema “Eco Fesyen & Gaya hidup – Cintai Semulajadi”, Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 berkenaan adalah kali pertama diadakan di Asia Tenggara, menghimpunkan koleksi dan rekaan untuk 2018.

Ia dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung dalam kalangan pengikut fesyen tempatan dan antarabangsa selain peruncit, pembeli dan rakan media termasuk penyiar fesyen rasmi global, FashionTV yang memiliki lebih 300 juta penonton di 190 negara.

Presiden Minggu Fesyen Dunia, Paco De Jaimes, berkata Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 bakal memberi peluang dan pendedahan global kepada bakat dari negara ini mengekalkan alam sekitar dan tanggungjawab sosial ke arah mengekalkan masa depan terbaik untuk generasi akan datang.

Acara empat hari itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk makan malam gala, persembahan poket fesyen, pameran dan bicara fesyen bersama selebriti.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Maziah Mohamad, berkata acara fesyen antarabangsa ini akan menjadi pentas terbaik bagi pereka fesyen Malaysia, iaitu 20 daripada mereka bakal menyertai Minggu Fesyen Dunia Paris 2017/2018, pada November ini.

“Penganjuran di Malaysia juga adalah selaras dengan falsafah untuk menggalakkan penyatuan global, pembangunan dan tanggungjawab korporat menjaga alam sekitar dalam berfesyen,” katanya.

Duchess of Wurttemberg, Puteri Diane dari Perancis dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah antara tetamu diraja yang akan hadir pada acara berkenaan.

Mereka yang berminat menyertai acara antarabangsa ini terutama peruncit dan pembeli boleh menghubungi Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017, di talian 03-4141 9990 atau www.worldfashionweek.tv.

READ MORE

Busana Pilihan Petang Raya 2014

JEMPUTAN ke rumah-rumah terbuka barangkali sudah pun banyak diterima. Kegembiraan menghadiri rumah terbuka bukan sahaja kerana dapat bertemu saudara-mara dan sahabat-handai bahkan ketika menyarung busana serba baharu. Semua ini menjadi memori manis Aidilfitri.

Dengan senarai jemputan rumah terbuka, sepasang baju raya sudah pasti tidak mencukupi. Jika pada pagi hari raya si gadis kelihatan ayu berbaju kurung atau tampak klasik dalam persalinan kebaya nyonya, acara petang raya terutama ketika menghadiri rumah terbuka mestilah menampilkan sesuatu yang berbeza. Justeru, butik Muslimah, Najjah tampil dengan persalinan petang raya yang ringkas serta menggunakan warna-warna alam semulajadi seperti hitam, coklat dan biru gelap.

Rekaan kali ini amat menitikberatkan pemilihan fabrik, palet, potongan serta aura feminin dalam busana kurung atau jubah moden yang disuntik elemen anggun mewah pada masa sama. Jika dilihat dari segi rekaan, ia kelihatan ringkas sahaja tetapi cukup bagi memenuhi kelembutan gaya dan trend masa kini.

Artikel Penuh: READ MORE

Tempahan Manik Putrajaya, Bangi, Puchong, Seri kembangan

Untuk mengetahui tentang cara cara menjahit manik sila layari
http://sewing.eningcollection.com/

Belajar Menjahit Manik 3D, Crumble dan lain lain online

Sebuah website tutorial secara percuma untuk rakyat Malaysia telah dibangunkan. Website ini http://ening.wordpress.com/ memuat naik tutorial menjahit termasuk menjahit pakaian wanita, kanak-kanak, menjahit manik, labuci dan lain lain. Tutorial yang dimuat naik adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh akses.

Dengan hanya berbekalkan talian internet kini tiada lagi halangan bagi anda yang mahu belajar menjahit manik atau menjahit baju kurung. Ulang dan perhatikan satu per satu teknik yang diajar, insyaAllah anda akan berjaya melakukan. Semuanya adalah percuma dan khas untuk mereka yang dahagakan ilmu menjahit tetapi tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas.

Layari http://ening.wordpress.com/

Gaya Turban Di Malaysia – Noreen Aziz

Video Artis Malaysia Turban CLICK HERE

Video Fashion Show Turban CLICK HERE

Serban (Bahasa Inggeris: Serban, Bahasa Arab: عمامة `imama) adalah jalur luka kain di kepala yang digunakan dalam tradisi Timur Tengah negara-negara dan India.

Dalam Islam, tempoh Abbasiyyah dan kemudiannya dianggap sebagai simbol ketakwaan agama, yang digunakan dalam menyebelahi mereka dengan rasa keintiman dalam kebangkitan moden dalam ulama dan Islam. Sikh juga digunakan setiap hari, seperti India.

Kerana warung ini telah menduduki posisi penting dalam imej Islam dan menentang di luar India, dan kini mempunyai rasa yang sangat luas kepala bukan hanya dibungkus kain. Tidak semestinya dikaitkan dengan Islam, dll Jadi (contohnya, “Girl dengan mutiara subang” Vermeer itu Alias ​​”Girl dengan serban berwarna biru” dan Serban Kuning Pemberontakan Bahasa Inggeris ungkapan seperti lebar kuning yang bergelora), bentuk kain dibungkus jualan ini juga dikenali sebagai topi serban.

Pakaiwan Warna Biru dinginkan musim panas

Biru dinginkan musim panas

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL – utusan.com.my
Tema Underwater banyak menggunakan warna lembut seperti biru.

USAI kedinginan musim luruh dan sejuk, jenama fesyen wanita terkenal dari Eropah, Le Ann Maxima, tampil dengan koleksi segar sempena musim bunga dan panas 2011.

Lebih menarik apabila koleksi musim ini memang sesuai diadaptasi di negara kita yang sememangnya beriklim panas sepanjang tahun.

Bertempat di butik konsepnya yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor, barisan peragawati mengatur langkah memperagakan koleksi terbaru dari Le Ann Maxima yang nyata memang lain daripada yang lain.

Dres panjang, denim, kemeja ringkas, gaun senteng, corak berkotak, aksesori sepadan dan jaket adalah antara gaya yang dipersembahkan sebagai manifestasi fesyen wanita moden dewasa ini.

Sebelum pertunjukkan fesyen bermula, tiga selebriti Isma Hanum, Corianne dan Megan Tan telah berkongsi rasa dan minat mereka terhadap jenama yang sinonim dengan wanita Eropah ini.

Ketiga-tiga selebriti ini berkongsi minat pada jenama ini yang menepati pencarian fesyen masing-masing.

Corianne yang baru mendapat cahaya mata pertama, memang mencari jenama dari Eropah yang lazimnya direka untuk wanita bertubuh lampai sepertinya.

“Dan ketika hamil saya mencari pakaian yang sesuai untuk wanita hamil tetapi boleh dipakai semula selepas kembali ke bentuk badan normal dan Le Ann Maxima mempunyai pakaian yang begitu.

“Paling saya suka pada jenama ini ialah dres labuh yang kelihatan begitu feminin dan anggun,” jelasnya yang telah membintangi beberapa buah filem seperti Kala Malam Bulan Mengambang.

Bagi Isma Hanum pula perkenalannya dengan jenama ini bermula apabila beliau mencari pakaian untuk satu sesi penggambaran.

“Dari situ saya menjadi penggemar jenama ini dan mendapati bahawa setiap musim Le Ann Maxima tampil dengan rekaan yang memang lain daripada yang lain.

“ Bagi koleksi kali ini tema yang diketengahkan ialah Underwater yang banyak menggunakan warna lembut seperti biru,” jelasnya yang kini sedang mempromosikan filem terbaru yang bertajuk Dilarang Masuk.

Sementara itu bagi, hos rancangan Quikie di TV8, Megan Tan pula begitu tertarik dengan jenama Le Ann Maxima kerana rekaannya begitu ringkas, ringan, selesa dan feminin.

“Saya teruja dengan koleksi Le Ann Maxima untuk musim bunga dan panas ini kerana mengutamakan warna biru yang memang merupakan warna kegemaran saya,” jelasnya.

Cara cara menjahit Tudung Mawar

Mawar cita rasa remaja

Oleh NURUL IZZA ROSLY
Video Tutorial Cara Cara Menjahit Tudung : LINK HERE


PENGGEMAR tudung Fareeda adalah antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar dan kad keahlian di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, ramai remaja perempuan yang bertudung dengan menggayakan pelbagai fesyen dan pemakaian gaya tudung menarik.

Bagi menggalakkan para gadis tampil ayu bertudung, Fareeda House of Scarf (Fareeda) baru-baru ini membuka tirai 2011 dengan melancarkan koleksi tudung terbarunya yang diberi nama Mawar.

Koleksi Mawar menampilkan rekaan eksklusif khusus untuk golongan remaja dengan pilihan warna-warna terang dan rekaan yang segar. Ia sesuai dengan jiwa dan cita rasa remaja masa kini yang inginkan kelainan dalam penampilan.

“Tudung Mawar ini sesuai untuk semua golongan walaupun ia direka khas buat remaja dan para pelajar.

“Koleksi kali ini bukan sahaja diberikan nafas baru mengikut cita rasa remaja malah harganya jauh lebih murah iaitu di bawah RM100,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Fareeda, Faridah Zakaria pada majlis pelancaran tudung Mawar yang disempurnakan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 5, Heliza Helmi di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Tambahnya, tudung daripada koleksi mawar yang berharga di antara harga RM45 hingga RM95 itu diperbuat daripada fabrik likra dan sifon masih mengekalkan gaya eksklusif yang hanya didapati di Fareeda sahaja.

Ia diberi nama Mawar kerana ramai remaja menjadi pengikut trend tudung yang dipakai oleh Pengurus Jualan tudung jenama Fareeda, Mawar Abd. Karim, 22, yang merupakan model tudung Fareeda.

Kad keahlian eksklusif

Tudung Mawar mampu dimiliki oleh golongan pelajar dan remaja. Ia didatangkan dengan empat jenis iaitu selendang sifon berombak, selendang sifon ton, sarung likra kosong berombak dan sarung likra corak berombak.

“Ia didatangkan dengan saiz S, M, L dan XL malah pelanggan juga boleh menempahnya mengikut warna kegemaran masing-masing.

“Pada hari ini juga kami memperkenalkan kad dan memberikan kad keahlian eksklusif Fareeda secara percuma kepada pelanggan yang membeli tudung keluaran Fareeda,” katanya.

CORAK berombak salah satu daripada empat koleksi terbaru tudung mawar.

Kata Faridah, kepada mereka yang berminat mendapatkan kad keahlian eksklusif Fareeda ia boleh didapati di cawangan-cawangan Fareeda pada harga serendah RM5 untuk satu kad.

Istimewanya, pemilik kad keahlian eksklusif Fareeda berpeluang menikmati diskaun 10 peratus untuk koleksi Mawar dan 15 peratus untuk jenama Fareeda.

Malah, pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar juga berpeluang membeli pelbagai jenis tudung Fareeda pada diskaun sehingga 40 peratus.

Selain koleksi tudung Mawar, Fareeda sebelum ini terkenal dengan rangkaian koleksi tudung jenis Maisara, Dania, Khaleeda, Rania. Rania Eksklusif, Sara Marissa, Sofiya dan Suraiya yang begitu laris di pasaran.

Cara Cara menjahit Tudung Likra

Link : Tutorial Tudung Percuma

Asas menjahit tudung likra

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
Kosmo.com.my
Video Tutorial Cara Cara Menjahit Tudung : LINK HERE


SEJAK kebelakangan ini semakin ramai golongan wanita yang memenuhi tuntutan agama dengan bertudung. Apatah lagi, apabila fesyen tudung pada hari ini semakin trendy dan stailo, wanita yang bertudung juga mahu anggun dan jelita biarpun bertudung litup.

Jika dibandingkan fesyen tudung sedekad yang lalu, fesyen pada hari ini agak berbeza. Rata-rata wanita bertudung bukan sekadar menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat, malah turut cerewet dalam bab pemilihan tudung.

Situasi itu diakui sendiri oleh pemilik R&R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas. Jelas wanita berusia 37 tahun itu, fenomena itu secara tidak langsung mendorong pengusaha tudung menghasilkan tudung dalam pelbagai corak, warna dan bentuk.

“Sebab itu kita lihat hari ini pengusaha tudung semakin bertambah bak cendawan tumbuh

selepas hujan. Mereka berlumba-lumba menawarkan koleksi tudung yang pelbagai. Cuma yang membezakannya ialah harga dan kualiti himpunan tudung berkenaan.

“Menariknya, tudung bukan sahaja beroperasi di butik-butik malah, sudah dijual secara dalam talian terutama dalam kalangan remaja. Namun, segelintir daripada mereka mengeluh kerana harga yang dikenakan daripada pemborong amat tinggi,” jelas Che Ku Rozinah atau mesra disapa Kuzi ketika ditemui Kosmo! di Kompleks Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Atas faktor itu, Kuzi yang aktif menganjurkan bengkel kraf tangan dan jahitan mengambil inisiatif menganjurkan bengkel jahitan tudung sedia pakai yang diperbuat daripada kain likra.

Penganjuran bengkel itu bertujuan mengajar asas jahitan tudung likra yang ringkas dan selesa digayakan.

“Sesi teori dan praktikal yang kami tawarkan hanya melibatkan beberapa proses mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh para peserta. Sekiranya peserta berjaya memahami ilmu yang dipelajari dan rajin membaiki mutu jahitan, saya pasti dalam tempoh yang singkat mereka dapat menghasilkan koleksi tudung buatan sendiri sekali gus membuka perniagaan tudung.

“Lagipun yuran penyertaan yang kami kenakan amat berpatutan iaitu RM100. Para peserta hanya perlu datang ke bengkel dengan membawa gunting masing-masing. Selebihnya nota, kain likra 60 inci, mesin jahit dan pola kami sediakan. Ini termasuklah sijil penyertaan dan jamuan ringan,” ulas Kuzi yang mengehadkan 80 peserta saja untuk setiap siri. Ia bagi mengelakkan kesesakan dan peluang kepada tenaga pengajar dan 14 orang pembantu memberi tunjuk ajar kepada peserta.

Teknik jahitan dan menggunting

Sementara itu, tenaga pengajar bengkel pada bengkel tudung berkenaan Maizaily Ariffin, 42, menjelaskan, sebelum sesi jahitan tudung dijalankan, para peserta diberi taklimat secara teori. Mereka akan didedahkan dengan proses jahitan yang terlibat dan panduan jahitan tudung yang betul.

“Selepas sesi teori, peserta akan menggunting kain mengikut bentuk pola yang kami sediakan. Dalam menghasilkan tudung likra, individu bebas untuk memilih pola saiz besar, sederhana atau kecil. Tetapi pada bengkel ini kami menggunakan pola saiz sederhana bagi memudahkan proses guntingan dan menjahit tudung,” terang Maizaily sambil meneliti jahitan tudung yang dihasilkan para peserta.

Selesai proses menggunting badan tudung, peserta beralih kepada proses menggunting dan membentuk kepala tudung dengan betul dan kemas.

Tidak ketinggalan melakukan teknik menjahit tepi tudung, mencantum kepala tudung dan badan tudung. Bagi mengelakkan tudung likra tampak polos peserta disaran menyerikan tudung dengan hiasan manik atau labuci mengikut cita rasa sendiri.

Secara keseluruhannya, Maizaily berpuas hati dengan perjalanan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para peserta. Tambahnya: “Walaupun segelintir daripada peserta tidak memiliki asas jahitan tetapi mereka menunjukkan komitmen yang bagus. Lihat saja dalam tempoh tiga jam mereka berjaya menghasilkan sehelai tudung sendiri.”

Dalam pada itu, peserta dari Kuala Lumpur, Farah Atiqah Muhamad, 22, gembira kerana berpeluang menyertai bengkel jahitan tudung anjuran R&R Craft. Jelas remaja itu, meskipun menyedari bengkel tersebut disertai wanita dewasa, tetapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangatnya.

“Sebelum ini saya aktif menjual pelbagai koleksi tudung secara talian. Kebanyakan tudung yang dijual itu saya peroleh daripada pihak pemborong. Tetapi, selepas ini barangkali saya sudah boleh menjual tudung buatan sendiri hasil ilmu yang dipelajari pada bengkel ini.

“Sebenarnya cukup mudah untuk menghasilkan tudung likra. Apa yang penting ialah kuasai teknik jahitan dan pemilihan fabrik likra yang berkualiti,” ujar Farah.