Category Archives: Pakaian Pengantin

Seni Ratu Sehari

Seni ratu sehari

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Biru muda merupakan warna kegemaran pasangan pengantin yang minat tema kontemporari.


SETIAP kali menjelang musim perkahwinan, selain busana pengantin yang memerlukan sentuhan kreatif, bakal pengantin turut menggunakan kreativiti memilih aksesori atau hiasan yang sesuai sebagai pelengkap busana di hari bahagia.

Bagaikan puteri, anggunnya penampilan raja sehari, dari hujung rambut ke hujung kaki dijaga rapi.

Selain solekan yang menaikkan wajah, kehebatan dalam mengenakan aksesori dan busana pengantin turut diberi perhatian.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih, yang penting majlis gemilang memenuhi impian.

Membangkitkan lagi keindahannya, lokasi majlis persandingan terindah menjadi pilihan.

Anggun dalam busana Yan Seri Andam (YSA), pengantin tersenyum gembira, tanda bahagia di hari istimewa mereka. Lokasi sederhana dengan konsep mewah dan moden, Hotel Regency, Alor Setar, Kedah turut menjanjikan kepuasan. Bagi merealisasikan impian anda, Regency dan YSA bersedia menjadikan hari perkahwinan anda sebagai hari yang paling bermakna sekali. Selain kedudukannya yang strategik, Regency menjanjikan malam pertama yang cukup indah. (YSA) misalnya, menyediakan andaman serta busana moden dan tradisional. Solekan oleh mak andam, Mehran Sedit yang berpengalaman lebih 20 tahun menjadikan wajah pengantin lebih berseri. Hiasan dekorasi bilik tidur pengantin berseri dengan aroma bunga segar.

YSA yang kini mengembangkan perniagaan ke Kedah menyediakan pelbagai busana daripada fabrik moden sesuai dengan permintaan semasa. Sesuai dengan peredaran masa bakal pengantin mempunyai pilihan untuk bergaya di hari bahagia mereka. Selain songket kini kebaya moden satin dan lace menjadi kegemaran. Rekaan terkini dalam pelbagai fesyen dan gaya menyerlahkan lagi busana moden ini. Mungkin idea yang diketengahkan Hotel Regency dan rakan strategiknya ini membantu anda merealisasikan hari bersejarah itu dengan lebih bermakna.