FFKL Terbangkan Pereka Muda Ke London

Sumber : http://www.murai.com.my

Download Contoh Baju : Contoh Baju

Download : Hosting Percuma

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2010: Penganjuran Festival Fesyen Kuala Lumpur 2010 (FFKL 2010) yang bermula hari semalam dilihat sebagai platform terbaik bagi menaik taraf prestasi pereka fesyen muda tempatan untuk menimba ilmu di salah sebuah institusi pendidikan fesyen terbaik di dunia.

Siapakah diantara mereka? Sama ada Adnan Hassan, Jasmi Rejab, Rizman Ruzaini, Jeffri Ibrahim, Nabella Erwani, Zery Zamri, Hatta Dolmat, Hazwani Osman, Ardi Idewani Zaini dan Nik Erwan Rosli yang akan dihantar ke London bagi mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Central St Martin’s University of The Arts pada Disember ini?

Peluang keemasan ini juga turut memberi peluang kepada sang juara untuk mengikuti bengkel daripada ikon fesyen terkenal iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo, Julien Macdonald dan Justin Oh.

Semuanya akan terjawab malam ini, apabila mereka sama-sama bertanding untuk membawa pulang kejuaraan Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH) yang menjadi salah satu tarikan festival berkenaan.

Bukan itu saja, malah FFKL 2010 yang dianjurkan akhbar harian utama, Berita Harian telah berbesar hati menyumbangkan dana fesyen berbentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemenang utama anugerah berkenaan bagi meluaskan perniagaan mereka dalam bidang fesyen.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola FFKL 2010, Fadzlina Jaafar ketika ditemui murai.com.my berkata, anugerah berkenaan dalam masa yang sama ingin memupuk semangat keusahawanan di kalangan pereka fesyen bumiputra supaya memandang bidang berkenaan sebagai satu perniagaan menguntungkan.

“Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial Berita Harian bagi mewujudkan kesedaran kepada pereka fesyen tempatan khususnya supaya menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

“Di London nanti kami akan lengkapkan mereka dengan kursus jangka pendek di Kolej St Martin, menjalani sesi fotografi bersama jurufoto terbaik di sana dan berkesempatan bekerjasama dengan beberapa ikon fesyen tersohor dunia.

“Di harap dengan dana dan kelebihan yang mereka terima selepas mengikuti kursus jangka pendek di London nanti, akan mencipta lebih kesungguhan kepada pereka fesyen yang terpilih untuk lebih maju dan berdaya saing setaraf dengan pereka fesyen antarabangsa,” katanya.

Fadzlina berkata APTBH adalah salah satu agenda sempena berlangsungnya FFKL 2010 yang turut menampilkan pertunjukan fesyen tenun dan songket daripada pereka fesyen senior seperti Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Albert King, Edric Ong, Bon Zainal dan Nazari Maarus.

FFKL 2010 yang diadakan di laman Wau, Kompleks Kraf, Jalan Conlay secara rasminya telah dilancarkan oleh ikon fesyen dunia, Jimmy Choo dan disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Setiap finalis dikehendaki menghasilkan koleksi ready to wear yang terdiri daripada 2 persalinan tenun atau songket, 2 persalinan untuk wanita dan 2 persalinan lelaki.

Ketua juri anugerah berkenaan Faizal Hamid yang juga pensyarah fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, idea penganjuran anugerah berkenaan tidak akan terhenti selepas sekembalinya pereka fesyen berkenaan dari London, malah ianya akan berterusan sehingga 6 bulan berikutnya.

“Sepanjang 6 bulan pertandingan ini berjalan, kami telah dipertemukan dengan lebih 70 pereka fesyen yang menampilkan pelbagai ragam rekaan masing-masing.

“Daripada jumlah itu, kami telah memilih 25 pereka fesyen yang benar-benar berpotensi besar dan layak diketengahkan ke peringkat akhir.

“Mereka seterusnya akan didedahkan dengan Program Mentor Berita Harian di mana, semua finalis dan juga juara akan diberikan kursus khas berkenaan selok- belok bidang perniagaan fesyen daripelbagai sudut bagi mereka mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s