Pakaian Khas Untuk Orang Kurang Upaya OKU

Download Contoh : 

 

Pakaian khas OKU

Oleh Rosniza Mohd Taha

yoniza@bharian.com.my

2010/07/29

NORHAYATI (kiri) dan Nazlina menunjukkan baju kurung khas untuk memudahkan OKU memakainya pada pameran ITEX ke-21, baru-baru ini.Penyelidikan Unimas hasil pakaian mudah dipakai, tempoh singkat

KESUKARAN menyarung pakaian antara sebab orang kurang upaya (OKU) sering dilihat mengenakan baju bersaiz besar.

Kurang selesa dengan penampilan itu boleh membuatkan golongan berkenaan rendah diri serta menghindar mereka daripada menonjolkan diri di khalayak umum.

Prihatin dengan dilema dihadapi golongan istimewa itu, penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghasilkan pakaian khas mudah dipakai sendiri OKU dalam tempoh lebih singkat iaitu kira-kira satu minit 27 saat berbanding satu minit 40 saat jika dibantu penjaga.

Norhayati Suleiman, berkata teknik jahitan kedutan bergetah pada bahagian pinggang, lengan dan belakang serta butang elastik dua ciri utama pada pakaian itu bagi memudahkan OKU memakainya.

Lebih istimewa, katanya, rekaan baju menggunakan fabrik kapas itu mengekalkan identiti kebangsaan iaitu baju kurung dan kebaya, sekali gus membolehkan golongan istimewa tidak ketinggalan dalam berpakaian mengikut fesyen.

“Idea menghasilkan pakaian ini hasil maklum balas kalangan OKU terutama golongan muda yang berasa kurang selesa memakai baju bersaiz jauh lebih besar daripada sepatutnya dan mengehadkan pemakaian mereka kepada baju-T atau gaun.

“Malah, mereka menyatakan rasa malu terutama apabila perlu dibantu untuk membuka dan menyarung pakaian semasa menjalani pemeriksaan di hospital.

“Penghasilan pakaian ini mempelbagaikan pilihan pakaian bagi golongan istimewa terutama OKU yang lumpuh separuh badan daripada pinggang ke atas sekali gus membolehkan mereka kekal bergaya,” katanya ketika ditemui pada Pameran Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi (ITEX) ke-21 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Norhayati berkata, penghasilan pakaian itu menerusi projek ‘Indigenous Attire Design for Paralysis Patients’ dijayakan bersama Ketua Jabatan Teknologi Rekaan Unimas, Dr Nazlina Shaari dan Muhammad Zakaria.

Projek itu, katanya , mengambil masa setahun untuk disiapkan termasuk kajian data selama enam bulan terhadap 30 pesakit angin ahmar di sebuah rumah kebajikan di Kuching, Sarawak.

“Maklum balas positif diberikan warga OKU yang mencuba pakaian ini mendorong kami mempelbagaikan rekaannya meliputi majlis perkahwinan, formal dan pakaian seragam pada masa depan,” katanya.

Pakaian direka khas untuk OKU itu memenangi anugerah perak pada Pameran Penyelidikan dan Pembangunan Unimas serta ITEX ke-21.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s