Pameran 1Malaysia Batik dan Tenun Miri 2010 sasar jual RM1 juta

Petikan http://www.utusan.com.my

MIRI 26 April – Pameran 1Malaysia Batik dan Tenun Miri 2010 yang berlangsung pada 20 Mei depan dijangka mampu mencatatkan jualan sehingga kira-kira RM1 juta.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Kijan Toynbee berkata, jumlah yang disasarkan itu merupakan dua kali ganda daripada hasil jualan batik tahun lalu yang mencecah nilai setengah juta ringgit.

Menurutnya, beliau yakin jumlah itu akan dapat dicapai kerana bandar raya Miri akan menjadi tumpuan para pelancong sepanjang Mei ini.

”Ini termasuk pertandingan Miss Tourim Intercontinental 2010 pada 20 Mei dan pelbagai acara lain bersempena Pesta Mei,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat di Pusat Kraftangan Miri hari ini.

Antara tarikan pada Pameran 1Malaysia Batik dan Tenun Miri 2010 kali ini ialah Ajat atau bakul anyaman kaum Penan dari Long Beruang dekat Baram serta sulaman baju kebaya nyonya.

Pameran selama lima hari bersempena Pesta Mei ini dianjurkan bersama Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Kijan memberitahu, seramai 86 peserta akan mengambil bahagian pada Pameran 1Malaysia Batik dan Tenun Miri 2010 termasuk dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Ujarnya, jumlah peserta yang mengambil bahagian pada pameran kali ini bertambah berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu katanya, Pameran 1Malaysia Batik dan Tenun Miri 2010 kali ini akan diserikan dengan pertunjukan fesyen dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara selain persembahan kebudayaan tempatan.

Beliau menambah, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijangka merasmikan acara itu pada 20 Mei ini.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s