Koleksi musim panas Jaspal

Koleksi musim panas Jaspal

Oleh AISHAH ARIFF

Mini skirt bermotif flora yang dipadankan dengan blaus tanpa lengan.



Petikan : http://www.utusan.com.my

RAMAI yang masih belum ‘mesra telinga’ dengan butik Jaspal. Bersempena Minggu Fesyen Mid Valley 2010, Jaspal tanpa lengah mengambil keputusan untuk memperagakan koleksi terbarunya di khalayak ramai.

Sebagai sebuah butik fesyen kontemporari, Jaspal menyediakan busana dan aksesori anggun mengikut musim, kesesuaian majlis dan cita rasa pelanggan.

Bagi menyambut ketibaan musim bunga dan panas tahun ini, Jaspal memperkenalkan lima koleksi rekaan hebat untuk wanita yang menampilkan corak bunga berwarna lembut, belang bergaya, corak titik dan petak, rona tanah safari unggul, jeans biru seksi dan juga rangkaian pakaian sukan.

Dalam pada itu butik Jaspal juga menyediakan empat rekaan terkini bagi lelaki, masing-masing dengan rekaan busana moden slim silhouette, pakaian sukan dan denim serta seluar pendek Bermuda.

Koleksi Jaspal sempena Musim Bunga/Panas 2010 kini boleh didapati di seluruh butik Jaspal di Pavillion, Mid Valley, One Utama dan Sunway Pyramid Shopping Center.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s