Category Archives: Tutorial Jahit Tudung

Belajar Menjahit Manik 3D, Crumble dan lain lain online

Sebuah website tutorial secara percuma untuk rakyat Malaysia telah dibangunkan. Website ini http://sewing.eningcollection.com/ memuat naik tutorial menjahit termasuk menjahit pakaian wanita, kanak-kanak, menjahit manik, labuci dan lain lain. Tutorial yang dimuat naik adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh akses.

Dengan hanya berbekalkan talian internet kini tiada lagi halangan bagi anda yang mahu belajar menjahit manik atau menjahit baju kurung. Ulang dan perhatikan satu per satu teknik yang diajar, insyaAllah anda akan berjaya melakukan. Semuanya adalah percuma dan khas untuk mereka yang dahagakan ilmu menjahit tetapi tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas.

Layari http://sewing.eningcollection.com/

Cara cara menjahit Tudung Mawar

Mawar cita rasa remaja

Oleh NURUL IZZA ROSLY
Video Tutorial Cara Cara Menjahit Tudung : LINK HERE


PENGGEMAR tudung Fareeda adalah antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar dan kad keahlian di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, ramai remaja perempuan yang bertudung dengan menggayakan pelbagai fesyen dan pemakaian gaya tudung menarik.

Bagi menggalakkan para gadis tampil ayu bertudung, Fareeda House of Scarf (Fareeda) baru-baru ini membuka tirai 2011 dengan melancarkan koleksi tudung terbarunya yang diberi nama Mawar.

Koleksi Mawar menampilkan rekaan eksklusif khusus untuk golongan remaja dengan pilihan warna-warna terang dan rekaan yang segar. Ia sesuai dengan jiwa dan cita rasa remaja masa kini yang inginkan kelainan dalam penampilan.

“Tudung Mawar ini sesuai untuk semua golongan walaupun ia direka khas buat remaja dan para pelajar.

“Koleksi kali ini bukan sahaja diberikan nafas baru mengikut cita rasa remaja malah harganya jauh lebih murah iaitu di bawah RM100,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Fareeda, Faridah Zakaria pada majlis pelancaran tudung Mawar yang disempurnakan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 5, Heliza Helmi di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Tambahnya, tudung daripada koleksi mawar yang berharga di antara harga RM45 hingga RM95 itu diperbuat daripada fabrik likra dan sifon masih mengekalkan gaya eksklusif yang hanya didapati di Fareeda sahaja.

Ia diberi nama Mawar kerana ramai remaja menjadi pengikut trend tudung yang dipakai oleh Pengurus Jualan tudung jenama Fareeda, Mawar Abd. Karim, 22, yang merupakan model tudung Fareeda.

Kad keahlian eksklusif

Tudung Mawar mampu dimiliki oleh golongan pelajar dan remaja. Ia didatangkan dengan empat jenis iaitu selendang sifon berombak, selendang sifon ton, sarung likra kosong berombak dan sarung likra corak berombak.

“Ia didatangkan dengan saiz S, M, L dan XL malah pelanggan juga boleh menempahnya mengikut warna kegemaran masing-masing.

“Pada hari ini juga kami memperkenalkan kad dan memberikan kad keahlian eksklusif Fareeda secara percuma kepada pelanggan yang membeli tudung keluaran Fareeda,” katanya.

CORAK berombak salah satu daripada empat koleksi terbaru tudung mawar.

Kata Faridah, kepada mereka yang berminat mendapatkan kad keahlian eksklusif Fareeda ia boleh didapati di cawangan-cawangan Fareeda pada harga serendah RM5 untuk satu kad.

Istimewanya, pemilik kad keahlian eksklusif Fareeda berpeluang menikmati diskaun 10 peratus untuk koleksi Mawar dan 15 peratus untuk jenama Fareeda.

Malah, pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar juga berpeluang membeli pelbagai jenis tudung Fareeda pada diskaun sehingga 40 peratus.

Selain koleksi tudung Mawar, Fareeda sebelum ini terkenal dengan rangkaian koleksi tudung jenis Maisara, Dania, Khaleeda, Rania. Rania Eksklusif, Sara Marissa, Sofiya dan Suraiya yang begitu laris di pasaran.

Cara Cara menjahit Tudung Likra

Link : Tutorial Tudung Percuma

Asas menjahit tudung likra

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
Kosmo.com.my
Video Tutorial Cara Cara Menjahit Tudung : LINK HERE


SEJAK kebelakangan ini semakin ramai golongan wanita yang memenuhi tuntutan agama dengan bertudung. Apatah lagi, apabila fesyen tudung pada hari ini semakin trendy dan stailo, wanita yang bertudung juga mahu anggun dan jelita biarpun bertudung litup.

Jika dibandingkan fesyen tudung sedekad yang lalu, fesyen pada hari ini agak berbeza. Rata-rata wanita bertudung bukan sekadar menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat, malah turut cerewet dalam bab pemilihan tudung.

Situasi itu diakui sendiri oleh pemilik R&R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas. Jelas wanita berusia 37 tahun itu, fenomena itu secara tidak langsung mendorong pengusaha tudung menghasilkan tudung dalam pelbagai corak, warna dan bentuk.

“Sebab itu kita lihat hari ini pengusaha tudung semakin bertambah bak cendawan tumbuh

selepas hujan. Mereka berlumba-lumba menawarkan koleksi tudung yang pelbagai. Cuma yang membezakannya ialah harga dan kualiti himpunan tudung berkenaan.

“Menariknya, tudung bukan sahaja beroperasi di butik-butik malah, sudah dijual secara dalam talian terutama dalam kalangan remaja. Namun, segelintir daripada mereka mengeluh kerana harga yang dikenakan daripada pemborong amat tinggi,” jelas Che Ku Rozinah atau mesra disapa Kuzi ketika ditemui Kosmo! di Kompleks Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Atas faktor itu, Kuzi yang aktif menganjurkan bengkel kraf tangan dan jahitan mengambil inisiatif menganjurkan bengkel jahitan tudung sedia pakai yang diperbuat daripada kain likra.

Penganjuran bengkel itu bertujuan mengajar asas jahitan tudung likra yang ringkas dan selesa digayakan.

“Sesi teori dan praktikal yang kami tawarkan hanya melibatkan beberapa proses mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh para peserta. Sekiranya peserta berjaya memahami ilmu yang dipelajari dan rajin membaiki mutu jahitan, saya pasti dalam tempoh yang singkat mereka dapat menghasilkan koleksi tudung buatan sendiri sekali gus membuka perniagaan tudung.

“Lagipun yuran penyertaan yang kami kenakan amat berpatutan iaitu RM100. Para peserta hanya perlu datang ke bengkel dengan membawa gunting masing-masing. Selebihnya nota, kain likra 60 inci, mesin jahit dan pola kami sediakan. Ini termasuklah sijil penyertaan dan jamuan ringan,” ulas Kuzi yang mengehadkan 80 peserta saja untuk setiap siri. Ia bagi mengelakkan kesesakan dan peluang kepada tenaga pengajar dan 14 orang pembantu memberi tunjuk ajar kepada peserta.

Teknik jahitan dan menggunting

Sementara itu, tenaga pengajar bengkel pada bengkel tudung berkenaan Maizaily Ariffin, 42, menjelaskan, sebelum sesi jahitan tudung dijalankan, para peserta diberi taklimat secara teori. Mereka akan didedahkan dengan proses jahitan yang terlibat dan panduan jahitan tudung yang betul.

“Selepas sesi teori, peserta akan menggunting kain mengikut bentuk pola yang kami sediakan. Dalam menghasilkan tudung likra, individu bebas untuk memilih pola saiz besar, sederhana atau kecil. Tetapi pada bengkel ini kami menggunakan pola saiz sederhana bagi memudahkan proses guntingan dan menjahit tudung,” terang Maizaily sambil meneliti jahitan tudung yang dihasilkan para peserta.

Selesai proses menggunting badan tudung, peserta beralih kepada proses menggunting dan membentuk kepala tudung dengan betul dan kemas.

Tidak ketinggalan melakukan teknik menjahit tepi tudung, mencantum kepala tudung dan badan tudung. Bagi mengelakkan tudung likra tampak polos peserta disaran menyerikan tudung dengan hiasan manik atau labuci mengikut cita rasa sendiri.

Secara keseluruhannya, Maizaily berpuas hati dengan perjalanan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para peserta. Tambahnya: “Walaupun segelintir daripada peserta tidak memiliki asas jahitan tetapi mereka menunjukkan komitmen yang bagus. Lihat saja dalam tempoh tiga jam mereka berjaya menghasilkan sehelai tudung sendiri.”

Dalam pada itu, peserta dari Kuala Lumpur, Farah Atiqah Muhamad, 22, gembira kerana berpeluang menyertai bengkel jahitan tudung anjuran R&R Craft. Jelas remaja itu, meskipun menyedari bengkel tersebut disertai wanita dewasa, tetapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangatnya.

“Sebelum ini saya aktif menjual pelbagai koleksi tudung secara talian. Kebanyakan tudung yang dijual itu saya peroleh daripada pihak pemborong. Tetapi, selepas ini barangkali saya sudah boleh menjual tudung buatan sendiri hasil ilmu yang dipelajari pada bengkel ini.

“Sebenarnya cukup mudah untuk menghasilkan tudung likra. Apa yang penting ialah kuasai teknik jahitan dan pemilihan fabrik likra yang berkualiti,” ujar Farah.