Category Archives: Beli Batu Permata Berlian

Tergamam dek kilauan berlian

http://www.cakapbanyak.com/Download-Contoh-Baju-Kurung.html

Tergamam dek kilauan berlian
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/04/13

SHEILA diberi penghormatan menggayakan kebaya bernilai jutaan ringgit sempena persembahan Ratu A Charity Gala Tribute To Malaysia women, malam Sabtu lalu.Sheila gementar apabila tubuhnya dibaluti barang kemas bernilai jutaan ringgit

PERTAMA kali dalam sejarah dunia hiburan tanah air apabila seorang penyanyi diberi penghormatan untuk menggayakan sehelai kebaya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Direka khusus oleh Pengarah Kreatif Cosry, Putra Aziz dari Butik Cosry dengan kerjasama jenama berlian dari Geneva iaitu Mouawad, kebaya labuh rona hitam itu dilihat menyaluti tubuh penyanyi kecil molek Datuk Sheila Majid sewaktu penyanyi terkemuka tanah air itu mengadakan persembahan sempena Ratu A Charity Gala Tribute To Malaysia Women anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd pada Sabtu lalu di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Saat penyanyi legenda ini melangkahkan kaki ke atas pentas, semua mata tertumpu pada tubuhnya yang berkilau-kilauan dek pancaran butir berlian yang menghiasi busana eksklusifnya itu.

Lagu Ratu mengiringi kehadirannya disambut dengan tepukan gemuruh penonton. Tidak dinafikan, kemunculan Sheila di pentas yang terletak di tengah-tengah dewan itu persis seorang ratu. Sungguh ayu-dan berseri-seri.

Namun, siapa tahu, sepanjang menggayakan kebaya itu, hati penyanyi ini tidak keruan jadinya. Debaran sentiasa bersarang dalam hati. Malah seloroh penyanyi ini, bimbang juga jika dirinya menjadi sasaran perompak.

“Sebelum saya menghadiri acara ini, saya ada melahirkan perasaan risau pada emak apabila dikehendaki memakai kebaya mahal ini. Bimbang juga jika ada perompak yang berminat dengan kebaya ini lalu menculik saya.
“Tapi emak saya jawab, Insya-Allah, takkan ada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun, sempat juga dia berpesan, supaya saya jangan lupa memakai seluar dalam elok. Manalah tahu kalau perkara itu menjadi kenyataan,” gurau penyanyi yang mendapat jolokan Diva Jazz ini sambil disahut dengan hilai ketawa penonton yang hadir pada malam itu.

Diberi penghormatan untuk menggayakan kebaya itu, Sheila mengakui beliau begitu teruja. Baginya kesempatan itu hanya datang sekali dalam seumur hidup dan sudah semestinya tidak mahu melepaskan peluang yang datang begitu saja.

“Iyalah, kalau nak beli sendiri pun, saya tak mampu. Jadi apabila pihak Cosry menawarkan saya untuk mengenakan busana ini sewaktu mengadakan persembahan sempena Ratu A Charity Gala Tribute To Malaysia Women, ini saya terus bersetuju.

“Lagipun berlian teman baik wanita. Jadi memang teruja sangatlah. Cuma apabila memakai kebaya ini, saya perlu berhati-hati. Ketika berada di belakang pentas, memang kelam kabut sikit. Sebelum menyarung kebaya ini, saya dikehendaki memakai aksesori terlebih dulu.

“Kemudian apabila berada di atas pentas, saya terpaksa melangkah dengan penuh hati-hati. Takut salah satu berlian ini tercicir. Apapun ia memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan boleh saya ceritakan pada anak cucu pada masa akan datang,” cerita Sheila ketika ditemui selepas konsert itu berakhir.