Category Archives: Baju Pengantin

Baju Pengantin – Gaya Pengantin Moden

Anggun menawan: Gaya pengantin moden

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

2010/03/08
Butik Ireen Andaman sedia bantuan pinjaman bagi pakej perkahwinan
MENAWARKAN pilihan pakaian ekslusif dan terkini di bawah satu bumbung, butik Ireen Andaman juga destinasi tepat untuk dikunjungi bakal mempelai yang merancang sebuah majlis perkahwinan berkonsep.
Uniknya di butik itu, bakal pengantin boleh memohon pinjaman melalui koperasi di mana bayarannya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan.

Pengarah Urusan Ireen Andaman, Datin Zaharah Othman berkata, merencana dan menganjurkan sebuah majlis perkahwinan memerlukan kos serta komitmen supaya hasilnya tidak mengecewakan pengunjung serta tuan rumah ketika berlangsungnya majlis. “Sedar akan masalah kewangan dialami segelintir pasangan muda yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti diinginkan mereka memberi idea kepada kami menjalankan kerjasama bersama Majlis Koperasi Malaysia. “Melalui program pinjaman koperasi yang ditawarkan, kakitangan kerajaan dan pekerja yang berdaftar dengan mana-mana koperasi layak untuk memohon manakala jumlah pinjaman pula bergantung kepada kelulusan daripada pihak koperasi,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik Ireen Andaman di Subang Jaya, baru-baru ini.
Antara pakej perkahwinan di tawarkan Ireen Andaman adalah untuk pakej ekslusif sehingga normal, manakala harga pakej serendah RM2,000 dan ke atas. Pakej termasuk sewaan baju, andaman dan pelamin.

“Cabaran berkecimpung di dalam bidang andaman dan dunia kreatif memang terlalu banyak, tetapi kami akan berusaha memenuhi kehendak pasaran termasuk menawarkan perkhidmatan berdasarkan bajet pelanggan,” katanya.
Kata Zaharah, Ireen Andaman adalah perniagaan keluarga dedikasi untuk anak perempuan tunggalnya, Noor Shazreen atau Ireen yang juga bertindak sebagai pengurus butik.
Di butik ini, pelanggan boleh mendapatkan persalinan tradisi seperti kurung, kurung moden atau kebaya selain pakaian moden seperti blaus juga celana. Tempahan untuk jahitan juga diterima.

Koleksi pakaian pengantin ditawarkan Ireen Andaman juga tidak kurang menariknya. Aneka pilihan boleh didapati bakal pengantin sama ada busana tradisi seperti kebaya juga moden daripada material songket, sifon dan renda Perancis.

Tutorial Baju Pengantin : http://www.cakapbanyak.com/Tutorial-Baju-Pengantin.html

Baju Pengantin

Badan gempal sesuai fabrik lembut

Soalan

Saya berusia 26 tahun dan akan berkahwin hujung tahun nanti. Saya mempunyai masalah untuk menyesuaikan pakaian pengantin di majlis saya nanti. Saya juga mempunyai warna kulit yang sedikit gelap. Ketinggian saya 152 sentimeter dengan berat 70 kilogram, mempunyai potongan badan yang gempal di bahagian pinggul. Ukuran dada 38 sentimeter (sm), pinggang 33 sm. Harap saudari dapat membantu melakarkan fesyen bersama warna sesuai untuk saya. Terima kasih.

Miss Roxy, melalui emel.

Jawapan

Mempunyai bentuk badan yang tidak seimbang menyebabkan saudari perlu berhati-hati ketika bergaya. Paling utama adalah bijak ketika memilik fabrik, corak dan warna sesuai.

baju pengantin, artis malaysia, hantaran perkahwinan,

LAKARAN untuk pengantin berbadan gempal dan rendah.

Fabrik sesuai untuk mereka yang berdepan masalah sebegini adalah fabrik lembut dan jatuh cantik serta terletak di badan pemakai. Jenis fabrik yang dicadangkan adalah seperti sifon dan renda Perancis. Elakkan mengenakan kain keras seperti songket dan sutera Thai.

Rekaan pula tidak perlu terlalu sarat. Memadai rekaan yang ringkas seperti kurung moden bagi memberi ilusi tubuh yang tinggi dan kurus.

Lakaran yang disediakan adalah antara rekaan yang sesuai untuk saudari. Fabrik digunakan adalah sifon bersulam manik. Manik yang berat pada kain akan jatuh cantik mengikut bentuk badan. Pilih corak bunga kecil atau sederhana atau mendatar.

Serlahkan mewah busana pengantin anda dengan gandingan fabrik ‘French lace border’ pada lengan, bawah baju dan hujung kaki. Di bahagian atas badan iaitu di leher baju, susun aturan kristal swaroski dan manik jemeki untuk mengalih tumpuan pada bahagian atas badan. Kerlipan kristal juga mampu menaikkan seri baju pengantin.

Padanan kain pula haruslah dalam potongan ‘slim cut’ bagi memperlihatkan ilusi tinggi pada mereka yang berbadan besar. Manakala tail (ekor) di belakang kain memberi kelainan pada rekaan.

Pilih layah yang tidak terlalu labuh iaitu sekadar melepasi bahu sedikit. Layah pula tidak perlu terlalu mewah dengan lapisan yang bertingkat. Disarankan hanya sekadar satu lapis saja. Layah bertingkat akan memberi impak badan lebih besar.

Bahagian tangan juga berpotongan ‘slim cut’ supaya nampak lebih kemas. Manakala warna yang sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang adalah kuning air untuk menambahkan seri.

Dipetik daripada :

http://www.bharian.com.my/