Author Archives: kurungpahang

Kulinari Daisy Chef Liza

Download Resipi : http://www.cakapbanyak.com/Resipi-Kulinari-Chef-Liza.html

Kulinari Daisy Chef Liza

Jadual 2009 di RTM1

Jumaat

12:05 pm KULINARI DAISY CHEF LIZA

Sabtu

12:05 pm KULINARY DAISY CHEF LIZA

Ahad

12:05 pm KULINARY DAISY CHEF LIZA

Gempal bukan alasan

Cara Pakai Tudung

Cara Pakai Tudung

Gempal bukan alasan

Layari : Ening Collection

Bergaya hak semua
Naz Indah Collection, sediakan saiz paling kecil hingga XXXL

JANGAN meminggirkan mereka yang memiliki badan gempal kerana jika kena penampilan dan gaya, pasti ada pesona tersendiri.

Jika selama ini mereka yang berpotongan agak gempal berasa sukar mendapatkan pakaian busana Muslimah yang longgar, jenama yang popular dengan imej sopan, ID Pe rempuan, mampu merealisasi impian golongan berkenaan untuk bergaya.

Menurut pemilik dan pemborong Naz Indah Collection, Zainab Ismail, rekaan berbentuk jubah, kebaya mahupun kurung tradisional ada penggemar tersendiri.

“Apa yang menariknya, kebanyakan pakaian yang direka oleh ID Perempuan turut mengambil kira aspek potongan. Ia menyediakan saiz paling kecil, sederhana hingga kepada saiz L, XL, XXL, XXXL.
“Ia bagi memudahkan pelanggan yang terdiri daripada kanak-kanak hingga ke golongan dewasa serta mereka yang berbadan besar untuk memperagakan pakaian dengan se lesa.

“Lagi pula, corak dan pilihan yang pelbagai menyenangkan mereka memilih yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, faktor berbadan gempal tidak boleh dijadikan alasan untuk tampil selekeh sedangkan mereka mampu mengubahnya.

“Pemilihan pakaian yang bersesuaian membolehkan se seorang itu mampu mengubah gaya berbeza daripada se belumnya.

“Banyakkan bermain dengan warna hitam, kelabu atau warna tanah dan biru laut untuk menyorok kekurangan diri.

“Begitu juga dalam soal mengenakan tudung atau selendang, pilih corak yang senang disuai padan dengan pakaian. Cara tudung yang ada di pasaran juga pelbagai dan sering berubah mengikut cita rasa semasa. Pilih tudung senada dengan pakaian supaya sentiasa tampil menarik,” katanya.

Menurutnya, teknik pemakaian tudung boleh dipelbagaikan serta harus sering mencuba menguji kreativiti diri dengan menggayakannya mengikut kesesuaian.

“Jika mahu tampil sederhana dan sesuai dengan majlis yang dihadiri, lihat jenis warna tanah yang lebih banyak pada pakaian dipakai.

“Ada kalanya seseorang itu cuba mencari tudung yang hampir sedondon dengan latar pakaian itu. Tetapi ada yang berani menonjolkan warna tudung yang senada dengan corak atau bunga pada pakaian yang kurang menyerlah.

“Cara itu dikatakan menyerlahkan lagi penampilan wa laupun ia tampil kontras. Namun kini, ramai yang berani mencuba warna yang mungkin dianggap pelik tetapi pe nampilannya menyerlahkan lagi diri di khalayak,” katanya.

Kedai Jahit : Zainab Ismail, Naz Indah Collection (ID Perempuan), KB Mall, Tingkat 2-33B, Kota Bharu, Kelantan

Jubah

Bergaya dengan jubah
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

Layari : Ening Collection

Link : TUTORIAL MENJAHIT JUBAH

Jubah Muslimah

Jubah Muslimah

MENJELANG Aidiladha, ramai yang tercari-cari pakaian sesuai untuk menyambut ketibaan hari mulia itu.

Biarpun sambutan terhadap perayaan ini tidak sehebat Aidilfitri, penghayatan Hari Raya Korban itu perlu dilihat dalam sudut yang penuh keinsafan.

Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengunjungi sanak saudara bahkan tidak kurang juga menziarahi kubur ibu bapa atau keluarga terdekat.

Bagi sesetengah mereka yang mementingkan penampilan dalam berfesyen, hadirnya hari yang bermakna itu disulami dengan penampilan sopan termasuk berjubah.

Menurut pemilik Bayti Living, Nor Khafizah Masri, jubah yang didatangkan dari Dubai yang diketengahkannya memiliki pesona tersendiri.

“Jika mereka inginkan penampilan penuh kesantunan, kebanyakan jubah atau abaya kami mempunyai pelbagai pilihan.

“Pilihan warnanya dalam rona hitam termasuk sulaman penuh kemasan yang membuatkannya begitu eksklusif.

“Kebanyakan penggemar jubah kami mengutamakan sulaman atau kerawang yang penuh keunikan,” katanya.

Berkemahiran dalam penataan seni hiasan dalaman dengan mengutarakan konsep Timur Tengah, Nor Khafizah juga pandai melakar gaya jubahnya seiring kehendak semasa.

“Memandangkan masyarakat sekarang cenderung dengan nilai keislaman dalam suai padan pakaian yang sopan lagi anggun, jubah atau abaya menepati kehendak ramai.

“Bukan hanya untuk kehadiran perayaan bahkan untuk menghadiri majlis tertentu, ia bersesuaian untuk apa saja upacara.

“Daripada golongan remaja, penuntut mahupun mereka yang sudah berkerjaya sehingga suri rumah, rekaan ini cuba memenuhi keperluan semua,” katanya.

Dia mengakui, kebanyakan pelanggan menyenangi konsepnya yang sederhana tetapi hadir dalam bentuk eksklusif.

“Saya berhasrat mengembangkan lagi cita-cita memiliki busana Muslimah dalam skala yang lebih besar.

“Mungkin segalanya akan terlakar tidak lama lagi memandangkan permintaannya amat menggalakkan. Untuk itu, saya akan realisasikan busana Muslimah saya nanti dengan unsur yang mungkin tidak ada pada kebanyakan pemilik busana sedia ada,” katanya.

Fesyen Baju Kebaya

Link : Tutorial mejahit Baju Kebaya Percuma

Link : Tempahan Baju Kebaya

Link : Tutorial Menjahit Baju Kebaya

Link : Ranking Tempahan

Baju Kebaya

Link : Tempahan Baju Kebaya

Baju Kebaya Nyonya

Baju Kebaya Nyonya

Link : Tempahan Baju Kebaya

Baju Kebaya

Baju Kebaya

Cara Cara Menjaga Pakaian

Cara Cara Menjaga Seluar Jeans

Click Disini : Potong Kaki Seluar Jeans

Ramai orang memakai seluar jeans. Ini kerana pemakaian seluar jeans kelihatan ringkas. Dan ada juga yang menjadikan jeans sebagai fesyen harian untuk pergi membeli belah terutama anak muda. Sebagai penggemar jeans, seharusnya kamu tahu cara penjagaannya.

1. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

3. Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus dibawah matahari terik.

5. Perlu diingatkan jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa.

Tudung Mesti Serasi Dengan Gaya

Gaya, bertudung mesti serasi

Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my

PENAMPILAN bertudung yang cantik lagi eksklusif sering mengundang tumpuan. Sebagai gaya pelengkap diri, berbusana muslimah dengan tudung menawan membuatkan gayanya kelihatan mewah, dihiasi ciri penuh kesopanan.

PENAMPILAN bertudung yang cantik lagi eksklusif sering mengundang tumpuan. Sebagai gaya pelengkap diri, berbusana muslimah dengan tudung menawan membuatkan gayanya kelihatan mewah, dihiasi ciri penuh kesopanan.

Gaya tudung yang tidak kemas hakikatnya boleh menjejaskan penampilan seseorang. Justeru, tidak guna bertudung jika tidak tahu mengenakan gaya sepadan dengan pakaian.

Tambahan pula, jika digayakan si gadis jelita, pasti ramai menjeling ke arahnya. Cara si gadis mengenakan tudung yang dilapisi padanan warna senada membuatkan ramai terpesona.

PSF Boutique & Gift Shop di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, milik Puan Sri Faridah Idris barangkali mampu melengkapkan ketrampilan diri anda.

Menurut Pengurus Pemasaran syarikat berkenaan, Fauziah J Babjee, cara bertudung yang mementingkan kekemasan melambangkan keperibadian seseorang. Tanpa mengira masa, bertudung bukan sesuatu yang bermusim.

Bahkan kesesuaiannya dengan penampilan seseorang disempurnakan dengan pemilihan aksesori, ditambah dengan pilihan pakaian tradisional dan kontemporari, melengkapkan penampilan diri yang penuh sopan.

“Kami menyediakan fesyen eksklusif tetapi mengutamakan ciri rekaan tradisional dan terkini. Ia sesuai untuk mereka yang ada cita rasa penuh keanggunan ditampilkan dengan gaya terkini.

“Walaupun ia sesuai dipakai dalam apa juga majlis baik rasmi atau santai, sempena kehadiran Hari Raya ini, fesyen pilihan butik ini memang serasi untuk semua orang tanpa mengira usia.

“Kami menyediakan rekaan fesyennya dalam pelbagai pilihan, daripada urusan pejabat hingga ke majlis eksklusif,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pakaian di butik berkenaan direka dengan ciri tersendiri oleh pereka berpengalaman.

Bagi penggayaan busana kali ini, fesyen bersulam indah dipadan pula dengan warna menarik termasuk tona warna senada, pastinya membangkitkan gaya menawan.

“Dalam memilih warna serasi dan dipadan dengan selendang atau tudung, pemilihan warna memainkan warna tersendiri. Jika silap memilih fesyen, ia akan mencacatkan gaya seseorang.

“Untuk itu, fesyen dan gaya serta warna memainkan peranan tersendiri. Jika pandai mengenakannya, bukan saja pakaian dilihat cantik tetapi penampilan juga penuh bergaya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my

Amber Chia

1. Fesyen Model Samsung Amber Chia

Model Amber Chia

2. Photo Sexy Sleep Shirt

photo sexy

Baju tidur tidak berganti

ADA wanita yang terlalu menjaga penampilan hingga setiap hari kita lihat dia seperti ‘baru’. Bukan saja pakaian baru, malah beg tangan dan kasut juga asyik ‘bau kedai’.

Berlainan pula halnya dengan wanita yang tidak kisah bab penampilan. Kalau dia rasa selesa, dia pakai apa saja walaupun dipandang janggal.

Seperkara yang Mat Laga perasan, kebanyakan wanita suka memakai ‘pakaian seragam’ untuk waktu malam, Sama ada pijama atau baju kelawar. Memang sesuai dan tak ada apa-apa salah pun sebab kena pada waktunya.

Mat Laga juga tahu, baju kelawar atau nama sebenarnya ‘kaftan’ bukan setakat dibuat baju tidur. Banyak fesyen baju kelawar yang cantik di pasaran. Itu lain hal punya cerita. Tak kisah mereka pakai baju kelawar yang cantik untuk ke tempat kerja atau ke majlis, malah artis pun pakai.

Sebagaimana lelaki gemar memakai seluar pendek di rumah, agaknya macam itu jugalah sukanya kaum Hawa memakai uniform malam ini.

Bukan Mat Laga hendak ada-adakan cerita. Mat Laga sering nampak wanita masih memakai baju kelawar yang sesuai untuk tidur itu bukan setakat pada waktu malam, tapi keluar rumah.

Mungkin pakaian ini selesa dipakai sebab longgar dan besar agaknya. Sebab itu mereka tak kisah memakai uniform labuh ini ketika ke pasar, bersarapan dengan keluarga di restoran pada hujung minggu atau bersembang dengan jiran.

Kalau gitu, nampaknya baju tidur bukan lagi uniform pada waktu malam, tapi boleh dikelaskan baju siang malam nampaknya.

Kalau serebeh memakai baju kelawar dan pijama waktu tengah hari dengan rambut kusut masai dan peluh menitik di dahi, agak-agak mereka sudah mandi pagi ke belum?

Petikan Dari : Harian Metro

Jaket Muslimah

Ibu muda bertudung

Oleh MERAN ABU BAKAR

Jaket polos gelap lazim menjadi pilihan wanita Muslimah.

SIAPA kata apabila sudah bergelar ibu tidak boleh bergaya seperti ketika masih anak dara. Biar apa pun statusnya, sebagai wanita penampilan perlu diambil kira terutama dari segi pemilihan pakaian.

Malah, dalam fesyen tidak ada istilah pakaian untuk bujang atau orang sudah berkahwin. Apa yang penting kesesuaian dengan imej yang mahu ditampilkan.

Bagi ibu muda berkerjaya yang lebih senang mengenakan tudung ke pejabat, pilihan fesyen untuk mereka kini semakin pelbagai.

Sememangnya, penampilan yang menarik dan bersesuaian dengan kerjaya akan membuatkan langkah yang diatur ke pejabat lebih berkeyakinan.

Misalnya, jaket panjang yang dikenakan bersama seluar atau jean potongan lurus ini mungkin serasi dengan pilihan ibu-ibu muda yang mempunyai kerjaya memerlukan mereka sentiasa aktif.

Pakaian sebegini lazimnya menjadi pilihan utama wanita atau ibu muda yang bertudung kerana bajunya labuh menutupi punggung.

Fesyen sebegini yang biasanya digayakan oleh wanita Muslimah dari negara-negara Arab, kini semakin meluas digayakan oleh wanita Malaysia kerana aspek keselesaannya.

Dibuat daripada jenis kain kapas, kapas spandex, linen atau denim, ia selesa dipakai di negara ini.

Terdapat banyak pilihan warna sama ada warna terang seperti merah cili, merah pulasan, jingga, kuning telur dan ungu. Bagi yang kurang menggemari warna terang, pilihlah warna-warna tanah seperti coklat atau krim.

Juga ada pilihan warna hijau askar, khaki dan sudah semestinya hitam yang menjadi pilihan ramai wanita kerana ia warna eksklusif dan sesuai dipakai pada majlis-majlis korporat.

Biarpun berpotongan ringkas, elemen butang-butang besar, lisu nipis, sulaman ringkas dan tali yang diikat di pinggang memberi identiti tersendiri kepada jaket panjang ini.

http://www.utusan.com.my

Kombinasi Warna

Kombinasi warna gaya baru

ADA masanya anda berasakan hiasan bilik terlalu ‘sempurna’ dan memerlukan sedikit sentuhan yang agak berlainan yang menyentuh impian dan fantasi.Kata kunci tahun ini adalah kontras. Inspirasi bagi warna-warna rumah tahun ini datangnya daripada alam semula jadi yang cantik dan ceria – seterusnya menikmati warna moden dengan titipan enamel hitam dan tekstur putih.

Tema hitam dan putih memang sesuai untuk hampir semua ruang dan d mudah disemarakkan lagi dengan warna-warna terang seperti merah, biru, hijau ataupun jingga. Presint HOME di Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan aliran baru anggun bergaya untuk membuka minda pada tema-tema dan idea-idea yang cukup hebat.

Serlahan EtnikBerkemungkinan aliran yang sering menjadi bahan bualan ramai adalah warna-warna yang lahir daripada inspirasi percutian. Sesetengah pemilik rumah kini menginginkan suatu kelainan kerana sudah berasa bosan dengan warna-warna cerah. Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih warna yang lebih gelap yang mengingatkan mereka pada destinasi nun jauh lagi eksotik.

Pelet ini mengambil inspirasi daripada tona-tona batu permata indah dari Timur atau warna-warna yang menyerlah dari pasar harian Asia atau Maghribi. Warna-warna utama etnik merangkumi merah -ungu, perang dan kuning gelap termasuk warna hitam arang dan putih gading.

Nyatakan juga diri anda melalui sebuah lukisan. Ode To Art membawakan kepada anda pelbagai seni lukisan yang indah mata memandang. Imej seperti Blossom by Fan, lukisan cat minyak dengan warna-warna menyerlah, amat perlu untuk ruang tamu yang luas.

Hasil kerja seni ini memang sesuai dalam ruang makan atau bilik keluarga. Sesuaikan juga tema set ruang tamu dengan pilihan ambal hiasan yang antik dan baru, khas dari Galeria Fine and Antique Rugs atau manjakan diri dengan belian sehelai karpet indah dari Nasim Carpets.

Elemen tona bumi dan mineralBuat masa ini, warna-warna terang adalah pilihan jelas tetapi tona warna semula jadi menyerlahkan lagi ruang dalaman yang berwarna tona mineral atau hitam dan putih.

Berbincang dan dapatkan hasil yang terbaik untuk kediaman dengan Lifestyle Kitchen agar dapur kelihatan berseri dan direka mengikut keperluan. Hidupkan lagi suasana di ruang makan dengan meja makan dari XZQT yang rekaannya kekal elegan. Pilihlah kemasan logam atau kaca untuk hasil kesan eksklusif atau kayu keras digabung dengan kusyen diperbuat daripada kulit untuk kesan yang lebih bergaya anggun.

Berseni nyata, terang dan liar Serlahkan ruang dalaman anda dengan calitan warna-warna musin panas, hijau kiwi, akua laut, merah jambu terang, perak berkilau dan jingga jus oren.

Molecule adalah pilihan tepat untuk menyemarakkan ruang dalaman. Usah mengehadkan pilihan dengan hanya satu hiasan. Untuk kemasan yang kelihatan gah, kumpulkan jambangan yang sama tona warna tetapi lain-lain tingginya agar hasilnya kelihatan menarik dan kreatif. Warna-warna kuning dan jingga memang cukup ideal untuk ruang tamu kerana warna-warna ini meninggalkan kesan berlainan.

Imej daripada VertzuKoleksi ruang tamu Vertzu yang anggun menjanjikan hasil gaya elegan yang kekal berpanjangan. Baik anda bersiap sedia kerana anda bakal tertawan dengan setiap satu hasil seni hebat yang pasti mengubah ruang biasa kepada yang mengagumkan.

Merah jambu, pastel dan perang coklat daripada landasan fesyen Eropah dan terus ke rumah kediaman. Merah jambu kekal popular dalam tonanya daripada warna indah terbit matahari sehinggalah warna terang tembikai. Sisipan warna kedua dalam perang gelap menaikkan warna merah jambu dan memberi gaya anggun dan canggih.

Pilihlah warna yang mencerminkan gaya dan personaliti diri melalui set cadar dan bantal untuk katil daripada Aussino. Atau buatlah pilihan di Pleat & Pleats untuk kain langsir yang ditempah mengikut cita rasa tersendiri.

Sedikit inspirasi flora Bunga-bungaan hidup menambah gaya warna, kesegaran, wangian dan personaliti. Bagi gubahan flora ceria bermaya, tujulah ke Floristika Lifestyle. Anda mampu mengimpikan hari indah panas bersinar walaupun cuaca kelihatan mendung di luar. Wujudkan satu kesan yang tersendiri melalui susunan botani yang canggih dan tahan lama dalam mencipta satu titik fokus yang unik, hidup dan penuh inspirasi.

Untuk maklumat kunjungi ke laman http://www.pavilion-kl.com, atau datang terus ke Pesta Rumah Pavilion KL di Bintang Circle yang akan diadakan dari 19 – 29 Jun 2008.

http://www.utusan.com.my

Mendandan Rambut

Mendandan rambut

Oleh MERAN ABU BAKAR

DANDANAN untuk rambut panjang yang dihiasi dengan aksesori berbentuk bunga-bungaan. Gambar HARUN OSMAN

JIKA sudah namanya kanak-kanak perempuan, sudah tentu sangat seronok apabila mereka berpeluang didandan rambut lebih-lebih lagi oleh pendandan-pendandan rambut profesional. Mereka nampak sabar, seronok dan tidak banyak kerenah apabila didandan oleh kumpulan pendandan dari Sinma Jewellery Centre Sdn. Bhd., pada pertunjukan fesyen rambut D.I.Y. (Do It Yourself) yang diadakan di Genting Highlands, baru-baru ini.

Seramai 10 orang kanak-kanak perempuan berumur antara lima hingga 10 tahun mengambil bahagian dalam acara yang julung kali diadakan oleh syarikat pelopor perniagaan aksesori rambut untuk pelbagai peringkat usia itu.

Kesemua mereka didandan comel bagai peragawati dengan pelbagai gaya sesuai untuk rambut pendek dan panjang.

Dandanan diserikan lagi dengan pelbagai aksesori rambut sepit, klip, reben, rambut palsu bergulung dan sebagainya.

Kemudian dengan tambahan sedikit gel atau semburan rambut, dandanan rambut nampak lebih kemas dan tidak kusut.

Gaya rambut D.I.Y. ini sedikit sebanyak memberi idea kepada ibu-ibu untuk mendandan sendiri rambut anak perempuan mereka terutama ketika hendak menghadiri majlis-majlis keraian seperti parti hari jadi dan sebagainya.

Jadi, tidak perlulah ibu-ibu membawa anak perempuan mereka ke salon rambut, sebaliknya beli sahaja perhiasan rambut atau aksesori yang sepadan dan klipkan sahaja pada rambut.

Sebenarnya tidak sukar mendandan rambut anak perempuan jika tahu bagaimana caranya.

Dalam masa tidak sampai lima minit sahaja, dandanan rambut si comel telah siap dan penampilan nampak cantik serta bergaya.

Selain aksesori rambut, turut terdapat bermacam-macam pilihan aksesori kanak-kanak seperti rantai, gelang tangan, cincin, beg sandang dan banyak lagi.