BAJU KURUNG, BAJU KURUNG PIPING, BAJU KURUNG RIAU, BAJU KURUNG PAHANG, BAJU KURUNG PESAK GANTUNG, BAJU KEBAYA, BLAUS BIASA, TULANG BELUT…

Entries from November 2008

Gempal bukan alasan

November 28, 2008 · 3 komen

Cara Pakai Tudung

Cara Pakai Tudung

Gempal bukan alasan

Layari : Ening Collection

Bergaya hak semua
Naz Indah Collection, sediakan saiz paling kecil hingga XXXL

JANGAN meminggirkan mereka yang memiliki badan gempal kerana jika kena penampilan dan gaya, pasti ada pesona tersendiri.

Jika selama ini mereka yang berpotongan agak gempal berasa sukar mendapatkan pakaian busana Muslimah yang longgar, jenama yang popular dengan imej sopan, ID Pe rempuan, mampu merealisasi impian golongan berkenaan untuk bergaya.

Menurut pemilik dan pemborong Naz Indah Collection, Zainab Ismail, rekaan berbentuk jubah, kebaya mahupun kurung tradisional ada penggemar tersendiri.

“Apa yang menariknya, kebanyakan pakaian yang direka oleh ID Perempuan turut mengambil kira aspek potongan. Ia menyediakan saiz paling kecil, sederhana hingga kepada saiz L, XL, XXL, XXXL.
“Ia bagi memudahkan pelanggan yang terdiri daripada kanak-kanak hingga ke golongan dewasa serta mereka yang berbadan besar untuk memperagakan pakaian dengan se lesa.

“Lagi pula, corak dan pilihan yang pelbagai menyenangkan mereka memilih yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, faktor berbadan gempal tidak boleh dijadikan alasan untuk tampil selekeh sedangkan mereka mampu mengubahnya.

“Pemilihan pakaian yang bersesuaian membolehkan se seorang itu mampu mengubah gaya berbeza daripada se belumnya.

“Banyakkan bermain dengan warna hitam, kelabu atau warna tanah dan biru laut untuk menyorok kekurangan diri.

“Begitu juga dalam soal mengenakan tudung atau selendang, pilih corak yang senang disuai padan dengan pakaian. Cara tudung yang ada di pasaran juga pelbagai dan sering berubah mengikut cita rasa semasa. Pilih tudung senada dengan pakaian supaya sentiasa tampil menarik,” katanya.

Menurutnya, teknik pemakaian tudung boleh dipelbagaikan serta harus sering mencuba menguji kreativiti diri dengan menggayakannya mengikut kesesuaian.

“Jika mahu tampil sederhana dan sesuai dengan majlis yang dihadiri, lihat jenis warna tanah yang lebih banyak pada pakaian dipakai.

“Ada kalanya seseorang itu cuba mencari tudung yang hampir sedondon dengan latar pakaian itu. Tetapi ada yang berani menonjolkan warna tudung yang senada dengan corak atau bunga pada pakaian yang kurang menyerlah.

“Cara itu dikatakan menyerlahkan lagi penampilan wa laupun ia tampil kontras. Namun kini, ramai yang berani mencuba warna yang mungkin dianggap pelik tetapi pe nampilannya menyerlahkan lagi diri di khalayak,” katanya.

Kedai Jahit : Zainab Ismail, Naz Indah Collection (ID Perempuan), KB Mall, Tingkat 2-33B, Kota Bharu, Kelantan

Kategori: Gempal
Tagged: , , , , , , , , , , , ,

Jubah

November 28, 2008 · Tinggalkan Komen

Bergaya dengan jubah
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

Layari : Ening Collection

Jubah Muslimah

Jubah Muslimah

MENJELANG Aidiladha, ramai yang tercari-cari pakaian sesuai untuk menyambut ketibaan hari mulia itu.

Biarpun sambutan terhadap perayaan ini tidak sehebat Aidilfitri, penghayatan Hari Raya Korban itu perlu dilihat dalam sudut yang penuh keinsafan.

Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengunjungi sanak saudara bahkan tidak kurang juga menziarahi kubur ibu bapa atau keluarga terdekat.

Bagi sesetengah mereka yang mementingkan penampilan dalam berfesyen, hadirnya hari yang bermakna itu disulami dengan penampilan sopan termasuk berjubah.

Menurut pemilik Bayti Living, Nor Khafizah Masri, jubah yang didatangkan dari Dubai yang diketengahkannya memiliki pesona tersendiri.

“Jika mereka inginkan penampilan penuh kesantunan, kebanyakan jubah atau abaya kami mempunyai pelbagai pilihan.

“Pilihan warnanya dalam rona hitam termasuk sulaman penuh kemasan yang membuatkannya begitu eksklusif.

“Kebanyakan penggemar jubah kami mengutamakan sulaman atau kerawang yang penuh keunikan,” katanya.

Berkemahiran dalam penataan seni hiasan dalaman dengan mengutarakan konsep Timur Tengah, Nor Khafizah juga pandai melakar gaya jubahnya seiring kehendak semasa.

“Memandangkan masyarakat sekarang cenderung dengan nilai keislaman dalam suai padan pakaian yang sopan lagi anggun, jubah atau abaya menepati kehendak ramai.

“Bukan hanya untuk kehadiran perayaan bahkan untuk menghadiri majlis tertentu, ia bersesuaian untuk apa saja upacara.

“Daripada golongan remaja, penuntut mahupun mereka yang sudah berkerjaya sehingga suri rumah, rekaan ini cuba memenuhi keperluan semua,” katanya.

Dia mengakui, kebanyakan pelanggan menyenangi konsepnya yang sederhana tetapi hadir dalam bentuk eksklusif.

“Saya berhasrat mengembangkan lagi cita-cita memiliki busana Muslimah dalam skala yang lebih besar.

“Mungkin segalanya akan terlakar tidak lama lagi memandangkan permintaannya amat menggalakkan. Untuk itu, saya akan realisasikan busana Muslimah saya nanti dengan unsur yang mungkin tidak ada pada kebanyakan pemilik busana sedia ada,” katanya.

Kategori: Jubah
Tagged: , , , ,