Syarikat Jahitan

Untuk Tempahan Pakain Wanita sila ke http://ening.wordpress.com/

Anak peneroka buka syarikat jahitan

Mr. Right Trading yang merupakan sebuah syarikat perniagaan jahitan di bandar ini, bukan sahaja menjadi sebutan warga Felda tetapi sesiapa juga yang pernah mendapatkan khidmatnya yang berkualiti.

Pemiliknya, M. Werda Bustaman, 32, anak peneroka Felda Kenanga, Jengka Tujuh berkata, pengiktirafan itu bukan diterima dengan cara yang mudah.

Menurut beliau, jika tidak mempunyai semangat jitu, gigih dan wawasan yang tinggi untuk berjaya, dia mungkin telah menemui kegagalan dalam bidang itu.

“Dunia perniagaan memiliki keunikan dan seni perjuangan tersendiri kerana kejayaan dan kemajuan akan memberi kepuasan terutama jika matlamat yang disasarkan tercapai,” katanya.

Dengan bermodalkan sebanyak RM5,000, dia membeli dua buah mesin jahit sekali gus membuka sebuah kedai jahit bersama seorang rakan.

Menceritakan pengalamannya, M. Werda berkata, dia pernah ‘jatuh’ dalam bidang itu terutama pada tahun 1999 semasa ekonomi dunia merudum dan tempiasnya turut dirasai di Malaysia.

Menurut M. Werda, segala-galanya bermula selepas dia menamatkan pelajaran di tingkatan lima Sekolah Menengah Jengka Enam, Maran, dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai tukang jahit di salah sebuah kilang.

‘‘Pengalaman selama dua tahun di syarikat membuat pakaian tentera dan pakaian pasukan keselamatan amat berharga dan sukar diperoleh di tempat lain,” katanya.

M. Werda mengakui, menjadi tukang jahit pakaian pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan lain-lain adalah ‘modal’ pertama yang mendorongnya untuk membuka kedai jahit sendiri.

‘‘Oleh itu generasi muda Felda yang bekerja sambilan atau sedang mengikuti latihan kemahiran anjuran Felda serta agensi-agensi lain perlu komited dengan tugas masing-masing,” katanya.

M. Werda menjelaskan, ketika berusia 21 tahun, dia berhenti bekerja dengan syarikat itu dan kembali ke Felda Jengka Tujuh dan selama bertahun dia menoreh getah untuk mengumpul modal pusingan.

Pada tahun 2000 dengan sokongan sebuah syarikat Menroy dari Kuantan yang meminjamkannya enam buah mesin jahit pelbagai jenis, kedai jahitnya yang terbiar, mampu beroperasi semula.

‘‘Percubaan kali kedua ini saya usahakan sendiri kerana rakan kongsi sebelum ini telah mengambil keputusan menceburkan diri dalam perniagaan lain,” katanya.

M. Werda amat bersyukur kerana perniagaannya kembali stabil pada tahun 2002 kerana pelbagai faktor seperti sokongan Felda, kestabilan ekonomi, dasar kerajaan dan sebagainya.

Katanya, pada masa ini operasi menerima tempahan dibuat di bengkel Felda Jengka Tujuh, selain dua buah kedai lagi beroperasi selama enam hari seminggu iaitu terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Beliau memberitahu, berikutan banyak tempahan diterima, dia kini mempunyai seramai 21 pekerja terdiri daripada anak peneroka.

Di samping itu ujarnya, beberapa vendor juga diwujudkan bagi membantu menjahit bahagian-bahagian tertentu sekiranya jumlah tempahan yang diterima adalah di luar jangkaan. Dia kini mempunyai sebanyak 30 mesin jahit pelbagai jenis bagi memenuhi tempahan pelanggan.

‘‘Saya secara peribadi amat menghargai sumbangan Felda khususnya pengurus rancangan, Yaakob Hashim yang berkhidmat pada tahun 2002 kerana beliau menyediakan premis bengkel jahitan di tapak perniagaan Jengka Tujuh,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

About these ads

4 responses to “Syarikat Jahitan

  1. Gue dulu manager kilang baju kurung di KL..Produknya banyak dijual di butik2 Malaysia. Seronok juga kalaulah mengingatnya…

  2. syarikat saya dalam membuat operasi jahitan pakaian tradisional dan sebagainya lebih 30 tahun tetapi hanya menerima tembahan dalam kuantiti yang kecil sahaja (buat di rumah sahaja). namun sekarang anak-anak saya ingin membantu untuk membesarkan aktiviti jahitan saya ini ke peringkat komersil. Oleh kerana baru lagi untuk mencuba ke peringkat yang tinggi, saya memerlukan sokongan daripada syarikat-syarikat besar untuk menghantar kerja-kerja jahitan kepada kami sekiranya mereka menerima tempahan yang banyak dengan harga rundingan. Diharap dapatlah kita bekerjasama dalam menaikkan taraf ekonomi bumiputera khususnya. Terima kasih.

  3. cam ne nak kanal cik??
    ley x bg alamat kilang..
    bab sy ade bnyak tempahan baju…

  4. Assalamualaikum…

    Sekiranya tuan/puan memerlukan khidmat tenaga kerja asing dari negara kemboja sebagai tukang jahit, kami sedia membantu, sila hubungi kami muslimahmaid@gmail.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s